Tuesday, May 10, 2011

#4

hari tipikal untuk aku. meneruskan aktiviti yang semakin muak untuk dilakukan, namun itulah kehidupan kan. bosan atau seronok itu bergantung lah kepada tuan punya badan. kreatif atau tidak untuk mencorakkan aktivit seharian. ah mungkin aku tidak kreatif hingga merasakan hidup ini kadang kala terlalu bosan. dengan hiruk pikuk debu kota Kuala Lumpur yang menyesakkan ini membuatkan aku rindukan oksigen negeri Johor, negeri tanah tumpahnya darah aku. Negeri yang bagi aku sempurna, ya mungkin tidak ada loghat istimewa sepertia Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan namun masih punya bahasa tersendiri apa. Sudah lama rasanya tidak meronda di Pekan Nanas, menghabiskan masa petang dengan melepak di cafe, bersantai di luar rumah bersama keluarga. Sumpah aku rindukan suasana itu. Pekan Nanas di mana majoritinya masyarakat Cina. Pekan yang semakin sibuk dan semakin membangun. Alhamdulillah.



Mungkin, Pekan Nanas juga merindui aku?



Harapan lahhhhh..haha..


-nFR-

1 comment:

  1. Sdr Fatin,
    cuba mengelak kebosanan dan rutin hidup dengan kembali merenung ke dalam diri akan makna kejadian.

    tahniah kerana kekal di kuliah kami dan membina blog ini untuk mencatat dan merakam fikiran.

    ReplyDelete