Tuesday, June 7, 2011

#7

bercakap mengenai industri muzik Malaysia, siapa yang tidak kenal akan Yuna? gadis berhijab yang semakin mendapat tempat di hati pengemar muzik. bermula dengan muzik indie, kina dia lebih ke arah mainstream dan tidak melampau mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

dia yang mula dikenali dengan lagu Dan Sebenarnya banyak menghasilkan lagu-lagu yang sungguh dekat dengan perasaan sekalian manusia. Antaranya Cinta Sempurna, Gadis Semasa, Super Something, Decorate dan lain-lain. Aku memang mengemari ke semua lagu-lagunya. Bagi aku, suaranya cukup klasik. Dia menyanyikan lagu Bulan Ditutup Awan dan Gelora Jiwa dengan sangat baik sekali. Antara lagunya yang aku minati adalah Penakut.

Mari dengarkan lagu Penakut oleh Yuna.







Dan entah kenapa, mendengarkan lagu tersebut memberi aku ilham menulis sesuatu. Dan lantas ilham tersebut aku coretkan di blog utama aku.


rasa ini terus menghantui aku,
rasa yang aku simpan untuk engkau.
entah kenapa hanya kamu yang aku gila,
sedangkan ada yang lebih baik di luar sana.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
aku yang akalnya sudah lesap ke mana,
aku yang terus memilih jalan seksa,
kerana memilih untuk terus bersama engkau.

engkau si ego,
engkau si raja,
engkau tak pernah tunjukkan rasa cinta,
cinta engkau hanya di mulut sahaja bukan di hati,
dan entah mengapa,
aku hanya membiarkannya,
ternyata memang aku yang bodoh.

aku yang bodoh,
kekal setia jadi bayang engkau,
kekal melutut terdiam jadi hamba cinta,
berharap satu hari kau akan berkata,
"sayang, hanya kau yang aku cinta".
tenyata itu hanya impian manusia bodoh.

dan impian bodoh ini terus menggila,
berharap mahu terbang dengan si ego seperti engkau ke langit cinta,
berangan berpegangan tangan dengan engkau hingga tua,
ah aku yang bodoh.

dan aku rela jadi manusia bodoh,
tahu mengapa?
kerana impian-impian bodoh itu yang buat aku rasa bahagia,
kerana kekal setia dengan si ego yang buat aku rasa bernyawa,
kerana aku pinta rasa cinta ini akan kekal sampai tua.
kerana ini satu-satunya impian gila.



aku memang bodoh bukan?


manusia memang gemar berperasaan bukan? perasaan tentang kasih sayang, benci, muak, rasa sempurna dan sebagainya.

-nFR-



1 comment:

  1. Sdr Fatin

    hari ini sdr tidak hadir kuliah. saya beranggapan ia kerana masalah pertembungan masa.

    komen saya, sila tambah entri. kedua, sila dapatkan bahan bacaan wajib kursus (boleh bincang dengan Immalina untuk berkongsi?)

    ReplyDelete