Thursday, May 5, 2011

#1

04 Mei, satu lagi blog baru dibuka. Ya, mungkin bukan satu sahaja, malah mungkin berpuluh. Ramai yang membuak-buak nafsunya mahu menjadi seorang blogger, tapi sayang sebilangan kecil sahaja yang betul memahami kegunaannya. Dunia blogger kini semakin maju mungkin, ya sehinggakan tugasan subjek untuk semester pendek turut menggunakan medium ini.

Aku takkan menempelkan cerita siapa aku di sini. Tiada siapa peduli rasanya. Dunia memang semakin pentingkan diri sendiri. Bercakap mengenai dunia, aku sedikit terkilan dengan keadaan pengangkutan awam di Malaysia. Masih lagi gagal berfungsi mengikut masa yang dijanjikan. Dan ini secara tidak langsung membuatkan insan-insan seperti aku terlewat dari jadual harian.



FAKTA : sewaktu kita makan coklat, kita akan mengeluarkan hormon yang sama sewaktu kita jatuh cinta. sebab itu lah coklat mampu hilangkan duka. :)


-nfr-

No comments:

Post a Comment