Saturday, May 28, 2011

#5

bila orang mula kenal kita,
bila konon kita sudah ada nama,
mereka mahu aku jadi sempurna,
tiada buruk laku kata maki keluar,
mereke fikir aku apa?
patung barbie pakai skrit berwarna?

bila konon aku dikenali mereka,
mereka mahu aku suci baik sentiasa,
hello,aku ini manusia juga,
bukan anak patung tak bergerak tak bernyawa.
mereka fikir aku apa?
dewi yang suci tanpa khilaf berjuta?

aku hanya anak cikgu sekolah semata,
bukan anak perdana menteri datuk datin sini sana,
tapi itu pun sudah cukup buat aku pening kepala,
mereka mahu aku jaga tata tertib tiap masa,
mahu aku dekan tiap semester.huh.celaka.
mereka fikir aku apa?
robot yang suka baca buku sampai buta mata?

tolong,beri aku ruang bernafas seketika,
sedikit pun tidak mengapa,
beri aku ruang buat silap agar aku buka mata,
beri aku ruang bergembira walau sesaat kelip mata.

tolong.


No comments:

Post a Comment