bercakap mengenai industri muzik Malaysia, siapa yang tidak kenal akan Yuna? gadis berhijab yang semakin mendapat tempat di hati pengemar muzik. bermula dengan muzik indie, kina dia lebih ke arah mainstream dan tidak melampau mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa.
dia yang mula dikenali dengan lagu Dan Sebenarnya banyak menghasilkan lagu-lagu yang sungguh dekat dengan perasaan sekalian manusia. Antaranya Cinta Sempurna, Gadis Semasa, Super Something, Decorate dan lain-lain. Aku memang mengemari ke semua lagu-lagunya. Bagi aku, suaranya cukup klasik. Dia menyanyikan lagu Bulan Ditutup Awan dan Gelora Jiwa dengan sangat baik sekali. Antara lagunya yang aku minati adalah Penakut.
Mari dengarkan lagu Penakut oleh Yuna.
Dan entah kenapa, mendengarkan lagu tersebut memberi aku ilham menulis sesuatu. Dan lantas ilham tersebut aku coretkan di blog utama aku.
rasa ini terus menghantui aku,
rasa yang aku simpan untuk engkau.
entah kenapa hanya kamu yang aku gila,
sedangkan ada yang lebih baik di luar sana.
aku yang bodoh,
aku yang buta,
aku yang akalnya sudah lesap ke mana,
aku yang terus memilih jalan seksa,
kerana memilih untuk terus bersama engkau.
engkau si ego,
engkau si raja,
engkau tak pernah tunjukkan rasa cinta,
cinta engkau hanya di mulut sahaja bukan di hati,
dan entah mengapa,
aku hanya membiarkannya,
ternyata memang aku yang bodoh.
aku yang bodoh,
kekal setia jadi bayang engkau,
kekal melutut terdiam jadi hamba cinta,
berharap satu hari kau akan berkata,
"sayang, hanya kau yang aku cinta".
tenyata itu hanya impian manusia bodoh.
dan impian bodoh ini terus menggila,
berharap mahu terbang dengan si ego seperti engkau ke langit cinta,
berangan berpegangan tangan dengan engkau hingga tua,
ah aku yang bodoh.
dan aku rela jadi manusia bodoh,
tahu mengapa?
kerana impian-impian bodoh itu yang buat aku rasa bahagia,
kerana kekal setia dengan si ego yang buat aku rasa bernyawa,
kerana aku pinta rasa cinta ini akan kekal sampai tua.
kerana ini satu-satunya impian gila.
aku memang bodoh bukan?
manusia memang gemar berperasaan bukan? perasaan tentang kasih sayang, benci, muak, rasa sempurna dan sebagainya.
aku baru sedar, seharusnya blog ini menyelitkan apa-apa lagu berikutan tema untuk penulisan kreatif kali ini adalah lagu. ah silap aku. terlalu banyak lagu yang wujud untuk menghiburkan jiwa-jiwa luka manusia bukan? namun percayalah, hanya akan ada beberapa lagu sahaja yang akan terus kekal tersemat di otak sehingga tersimen terus liriknya.
bagi aku, sudah pasti ada juga beberapa lagu yang memang menjadi halwa teinga wajib. entah di mana silapnya, kebanyakkan lag kegemaran aku di dalam bahasa penjajah kita. mungkin bait-bait liriknya lebih menusuk masuk ke dalam jiwa.
nah. aku hidangkan lagu yang pertama. Only One oleh Yellow Card. lagu yang menjadi kegemaran aku sejak di tingkatan empat lagi.
Broken this fragile thing now
And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around
But I can't, I can't give you a reason
I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)
I just want to tell you so you know
Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only, my only one
Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone
And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know
Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only my only one
Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone
Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one, no one like you
bila orang mula kenal kita, bila konon kita sudah ada nama, mereka mahu aku jadi sempurna, tiada buruk laku kata maki keluar, mereke fikir aku apa? patung barbie pakai skrit berwarna?
bila konon aku dikenali mereka, mereka mahu aku suci baik sentiasa, hello,aku ini manusia juga, bukan anak patung tak bergerak tak bernyawa. mereka fikir aku apa? dewi yang suci tanpa khilaf berjuta?
aku hanya anak cikgu sekolah semata, bukan anak perdana menteri datuk datin sini sana, tapi itu pun sudah cukup buat aku pening kepala, mereka mahu aku jaga tata tertib tiap masa, mahu aku dekan tiap semester.huh.celaka. mereka fikir aku apa? robot yang suka baca buku sampai buta mata?
tolong,beri aku ruang bernafas seketika, sedikit pun tidak mengapa, beri aku ruang buat silap agar aku buka mata, beri aku ruang bergembira walau sesaat kelip mata.